Kemahiran Agro

Fertigasi Cili

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Fertigasi Cili
Kod Kursus : 1/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Fertigasi ialah proses membekalkan nutrien tumbuhan bersama air untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti denganhasil yang lebih tinggi. Penggunaan sistem fertigasi automatik dapat membantu petani meningkatkan penggunaan air dan nutrien mereka dengan ketara. Dalam sistem fertigasi, kecekapan pengairan akan berkurangan kerana titisan tersumbat. Oleh itu, bagi mencapai kecekapan pengairan yang tinggi, titisan yang tersumbat perlu dibaiki secepat mungkin bagimengelakkan pertumbuhan cili terbantut akibat kekurangan zat makanan.

Objektif
  • Memantau secara automatik dripper yang telah tersumbat oleh kekotoran akibat baja, tanah kering, dan sebagainya.
  • Membangunkan sistem komunikasi untuk membantu petani
Hasil Pembelajaran
  • Teori penanaman cili fertigasi.
  • Sistem pengairan fertigasi.
  • Praktikal penyediaan biji benih, polibeg dan larutan baja.
  • Info pasaran semasa cili.

Fertigasi Halia

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Fertigasi Halia
Kod Kursus : 2/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Tanaman halia merupakan salah satu tanaman yang mempunyai peluang pemasaran yang besar. Sistem fertigasi ialah satuteknik alternatif dalam penanaman halia yang dapat mengatasi masalah tahap kesuburan yang rendah dan penyakitbawaan tanah. Kedua-dua masalah ini merupakan masalah utama dalam penanaman halia secara komersial di seluruhdunia. Justeru itu di Malaysia, penanaman halia dijalankan secara berpindah-randah bagi mengelakkan penyakit bawaantanah yang mengakibatkan kerugian kepada pengusaha. Dengan kaedah fertigasi masalah penyakit boleh dikawal dan amalan pertanian berpindah untuk menanam halia dihapuskan.

Objektif
  • Mempengenalan kepada fertigasi dan keperluannya.
  • Memberi pendedahan kepada peserta kepada penanaman halia melalui keadah fertigasi.
  • Mempelajari kemahiran asas dalam pengurusan penyediaan stok Baja A dan B dan pengiraan kadar masa pembajaan.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan tanaman secara fertigasi.
Hasil Pembelajaran
  • Peserta akan didedahkan dengan konsep fertigasi secara umum dan teknik penanaman halia melalui kaedah fertigasi.
  • Dapat mengetahui cara penggunaan baja fertigasi yang effisien.
  • Memberikan pulangan baik kepada usahawan.

Fertigasi Rock Melon

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Fertigasi Rock Melon
Kod Kursus : 3/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Rock melon merupakan tanaman buah-buahan yang semakin popular diusahakan di Malaysia semenjak lebih dari 10 tahun dahulu. Sebelum ini tanaman buah dari benih hibrid ini agak kurang diusahakan kecuali jenis ‘Honey Dew’ yang ditanam secara konvensional di atas tanah (Horizontal Agriculture). Kini penanaman rock melon secara fertigasi bukanlahsatu perkara asing dalam sektor pertanian kerana ia sudah begitu banyak dipraktikkan oleh masyarakat petani di negara iniiaitu satu kaedah ‘vertival technology’.

Objektif
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan tanaman rock melon.
  • Meningkatkan kemahiran dalam pengendalian lepas tuai rock melon.
  • Meningkatkan kebolehpasaran peserta menerusi kemahiran keusahawanan dan insaniah.
  • Membolehkan peserta boleh menjana pendapatan kasar.
Hasil Pembelajaran
  • Mengetahui sistem fertigasi yang sebenar dan kaedah yang betul bagi pengendalian sistem ini.
  • Dapat menguruskan semaian dan penanaman dan teknik pengurusan latihan tanaman dan pembajaan.
  • Boleh memberi keuntungan yang banyak kepada pengusaha yang mengamalkan sistem ini.

Fertigasi Buah Tin

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Fertigasi Buah Tin
Kod Kursus : 4/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Pohon tin berasal dari Semenanjung Arab di mana iklimnya panas dan kering. Oleh itu, melalui penanaman fertigasikadar kelembapan yang diperlukan oleh pohon tin dapat dikawal. Pohon tin juga memerlukan pembajaan di tahap minima untuk menjadi pokok yang sihat. Selain itu juga, melalui kaedah fertigasi pembajaan pohon tin dapat dilakukan secaraberkala dan teratur. Tambahan pula baja yang digunakan adalah dari jenis campuran yang dijadikan cecair. Ini secaratidak langsung dapat memastikan baja yang disalirkan dapat diagihkan ke seluruh bahagian akar pokok. Ia penting untukmenghasilkan produk yang berkualiti. Pohon yang ditanam secara fertigasi juga lebih cepat matang dan kurang seranganpenyakit.

Objektif
  • Menggalakkan penanaman buah-buahan yang berkhasiat.
  • Memberi manfaat dengan menghasilkan pendapatan tambahan.
Hasil Pembelajaran
  • Menggunakan pengetahuan asas berkaitan konsep fertigasi serta maklumat secara pintar dalam pengurusan pertanian.
  • Pendedahan kepada teknologi terkini bagi pengeluaran tanaman sayuran secara fertigasi.
  • Peserta dapat kemahiran untuk melaksanakan projek tanaman sayuran terpilih menggunakan kaedah fertigasi.

Hidroponik Sayur Sawi

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Hidroponik Sayur Sawi
Kod Kursus : 5/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Sawi adalah sayuran yang sering ditemui pada sajian makanan seharian. Sawi biasanya disajikan sebagai pelengkap baksoatau langsung ditumis dan dihidangkan bersama nasi panas. Tekstur batangnya yang renyah, bagian daunnya yang lembut, dan ciri khas rasa dalam sayuran sawi menjadi daya tarik tersendiri. Tak hanya itu, sawi memiliki banyak kandungannutrisi seperti asam folat, vitamin A, vitamin K, dan vitamin C. Dengan kandungan sawi yang begitu kaya, kita perlumencuba menanamnya di rumah. Tak perlu khawatir jika tidak memiliki tanah yang luas untuk menanam sayuran kerana kini sudah ada teknik menanam hidroponik. Teknik hidroponik adalah teknik menanam tumbuhan dengan media tanamanselain tanah.

Objektif
  • Menggalakkan peserta menanam sayur sawi yang mudah untuk dijaga.
  • Untuk menambah pendapatan keluarga.
Hasil Pembelajaran
  • Mendedahkan peserta kepada pengetahuan dalam penanaman sayuran daripada peringkat permulaan hingga keperingkat penuaian serta pemasaran.
  • Mengendalikan perusahaan penanaman sayuran meliputi proses pengeluaran sayuran, penuaian, penjualan dan pulangannya di pasaran.
  • Memberi keyakinan kepada para peserta tentang perusahaan penanaman sayuran secara sistematik dalam menyediakanpeserta mencebur diri dalam bidang usahawan tani.

Hidroponik Sayur Salad

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Hidroponik Sayur Salad
Kod Kursus : 6/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Salad adalah tanaman sayuran jenis berdaun dari keluarga Asteraceae yang ditanam kebanyakkanya untuk dimakansebagai makanan salad segar. Tanaman salad di Malaysia adalah untuk tujuan kegunaan domestik dan hanya sebahagiankecil untuk ekspot. Penanaman salad secara hidroponik juga merupakan satu kaedah baik untuk program bumi hijaukeliling rumah. Satu takung standard hidroponik dapat ditanam 10-12 pokok salad.

Objektif
  • Dapat menjadi usahawan dalam bidang pertanian untuk mencari pendapatan.
  • Untuk tujuan komersil di samping menghasilkan ilmu dalam pemasaran.
Hasil Pembelajaran
  • Mengaplikasikan konsep teori ke dalam kerja amali dan kreatif.
  • Membentuk amalan perniagaan yang berkesan.
  • Menggalakkan peserta menanam sayur-sayuran sendiri di rumah.

Hidroponik Sayur Kailan

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Hidroponik Sayur Kailan
Kod Kursus : 7/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Sayur kailan merupakan salah satu jenis sayuran yang termasuk di dalam Brassicaceae atau yang dikelompokkan kedalam jenis sayuran kubis-kubisan. Tanaman sayuran ini memiliki banyak kandungan gizi yang lengkap yang terbuktibaik untuk kesihatan tubuh. Penanaman sayur kailan hidroponik menjadi salah satu cara untuk bercucuk tanam.

Objektif
  • Untuk penjagaan yang lebih mudah dan menjimatkan masa jika menanam secara hidroponik.
  • Permulaan yang sesuai bagi mereka yang ingin mula berkebun.
Hasil Pembelajaran
  • Boleh menanam dan menjaga tanaman serta boleh membuat sendiri sistem hidroponik yang mudah.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang bidang hidroponik secara mudah guna, rendah bajet, bersih dan selamat.

Hidroponik Sayur Kobis

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Hidroponik Sayur Salad
Kod Kursus : 8/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Kobis atau nama saintifiknya Brassica Oleracea L., merupakan sayuran yang dimanfaatkan daripada daunnya. Iamerupakan salah satu sayuran yang popular di Malaysia dan mempunyai banyak khasiat. Antaranya, dapat mengeluarkanracun dari badan, mengatasi sakit kepala, mencegah kanser, menurunkan berat badan, dan mencantikkan kulit. Sepertijenis sayuran lainnya, kobis juga kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Di antaranya vitamin C, K, E, A serta memilikikandungan sulfur, kalsium, zat besi, kalium, dan magnesium. Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanamtanpa menggunakan tanah.  Selain daripada sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga boleh ditanam secara hidroponik.

Objektif
  • Dapat dijadikan hobi dan hasilnya menjadi sumber pendapatan apabila tanaman tersebut mengeluarkan hasil.
  • Dapat menambahkan kemahiran dan ilmu dalam bidang pertanian moden.
Hasil Pembelajaran
  • Dapat memulakan usaha perniagaan di dalam bidang pertanian dengan menggunakan sistem hidroponik.
  • Menghasilkan pulangan yang baik daripada penanaman sayur-sayuran menggunakan teknologi moden.
  • Dapat berdikari dan menceburi diri sebagai usahawan di dalam bidang pertanian.

Penternakan Udang

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Penternakan Udang
Kod Kursus : 9/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Udang merupakan sejenis hidupan krustacea yang mana ia banyak diburu untuk dijadikan makanan yang kaya denganprotein dan kitin. Dalam habitat semulajadi biasanya udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar atau air payau. Pada masa ini dilaporkan di mana udang air masin dan udang air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakannegara sebagai satu komoditi penting dimana ia mampu untuk memberikan pulangan baik kepada penternak industri.

Objektif
  • Penternak dapat memiliki kemahiran dalam menopoli kepesatan ekonomi negara.
  • Membantu para penternak kecil dalam peningkatan serta perubahan taraf hidup mereka.
Hasil Pembelajaran
  • Diberikan pendedahan kepada peserta mengenai potensi ternakan udang galah.
  • Memberi ruang kepada peserta untuk memulakan perniagaan pada masa yang sama boleh meningkatkan pendapatan isirumah
  • Pemasaran yang amat mudah disebabkan permintaan yang sangat tinggi.
  • Memberikan pengetahuan kepada peserta mengenai teknologi-teknologi baru dalam industri.

Penternakan Kambing

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Penternakan Kambing
Kod Kursus : 10/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Kambing merupakan sejenis haiwan ruminan kecil yang terletak dalam keluarga Bovidae atau Sub-Famili Caprinae. Haiwanini yang diternak oleh penternak kambing secara kecil-kecilan atau berskala besar secara komersil. Terdapat tiga jenisbaka kambing yang popular untuk diternak iaitu baka kambing pedaging, baka kambing susu dan baka kambing dwi-fungsi. Penternakan kambing yang terancang dan sistematik mampu menjana pendapatan lumayan di mana kebanyakanbahagian kambing boleh dijadikan duit selain daripada daging kambing seperti tahi kambing, kulit kambing, tandukkambing, susu kambing dan sebagainya.

Objektif
  • Satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan kepada penternak.
  • Dapat membekalkan sumber daging yang berkualiti untuk memenuhi permintaan daripada organisasi.
Hasil Pembelajaran
  • Dapat mempelajari keperluan umum dan pengurusan ternakan kambing.
  • Diberikan pendedahan dengan potensi bidang penternakan kambing.

Penternakan Ayam

Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Agro Penternakan Ayam
Kod Kursus : 11/002

Kumpulan Sasaran
  • Individu yang berminat.
  • 16 tahun ke atas.
  • Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Syarat Permohonan

Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.

Penerangan Ringkas

Ayam merupakan sejenis haiwan berkaki dua yang boleh dijinakkan dan digunakan oleh manusia sebagai sumbermakanan. Jenis ayam ternakan pula adalah sejenis unggas yang selalunya dipelihara orang untuk dimanfaatkan bagikeperluan hidup pemeliharanya. Ayam jenis tempatan merupakan hasil kacukan daripada ayam hutan dengan ayam biasa. Kini terdapat beratus-ratus jenis ayam yang wujud di dunia hasil kacukan yang dilakukan semenjak dahulu lagi. Paling asas kini terdapat tiga kategori ayam iaitu ayam pedaging, ayam penelur dan ayam hiasan. Bagi ayam daging ia diternakuntuk menghasilkan daging ayam dalam masa singkat sahaja dan dijual dalam bentuk ayam hidup atau ayam siap proses.

Objektif
  • Membantu penternak baru yang berminat nak menceburi industri ternakan ayam.
  • Memudahkan bakal penternak membuat “feasibility study” tentang kesesuaian mereka menceburi bidang ternakanayam.
  • Memberi panduan bagaimana cara nak bermula perniagaan ini.
  • Mengelakkan bakal penternak membuat kesilapan ketika bermula yang mengakitbatkan kerugian ratusan ribu ringgit nanti.
  • Mengetahui kos terlibat bagi memulakan perniagaan ini.
Hasil Pembelajaran
  • Memberi peluang kepada peserta yang ingin menceburi industri ternakan ayam untuk mengetahui bidang ini.
  • Mendapat perkara asas yang perlu diketahui untuk memulakan perniagaan ini.
  • Diberikan pendedahan kepada kos-kos yang terlibat untuk memulakan perniagaan ini.