Kemahiran Keusahawanan 2
Baik Pulih Mesin Basuh
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Baik Pulih Mesin Basuh
Kod Kursus : 1/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Mesin basuh merupakan peralatan penting dalam kehidupan moden masa kini. Peranti ini dapat memudahkan kerjamencuci pakaian seharian serta menjimatkan masa. Penggunaan mesin basuh secara kerap dan dalam tempoh yang lama tanpa penyelenggaraan menimbulkan persoalan. Penggunaan mesin basuh dalam tempoh lama dan terlalu kerap akanmengumpul segala daki, habuk, lumpur dan lain-lain kotoran dari pakaian yang dicuci pada bahagian dalaman mesinbasuh. Lama-kelamaan kotoran yang tersimpan akan melekat pada baju yang dicuci.
- Untuk melatih serta menambah ilmu para peserta.
- Memberi peluang kepada para peserta untuk menambah sumber pendapatan.
- Dapat menambah pendapatan peserta demi untuk memperbaiki tahap ekonomi peserta.
- Dapat menukar alatan dan memasang alat ganti dengan kemahiran yang ada.
Baik Pulih Peti Sejuk
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Baik Pulih Peti Sejuk
Kod Kursus : 2/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Peti sejuk adalah antara peralatan elektrik yang tahan lama iaitu antara 5-10 tahun. Sebabnya, memang peti sejuk jarangrosak jika bukan disebabkan oleh wayar pintas dan sebagainya. Tanpa peti sejuk maka haru biru jugalah hidup kitaseharian. Selain menjadi ruang penyimpanan makanan peti sejuk juga berfungsi untuk menyejukbekukan makanan agartahan lama. Seperti perkakasan elektrik dan elektronik yang lain peti sejuk juga akan berdepan masalah jika tidak diservisdalam tempoh masa yang lama.
- Untuk melatih serta menambah ilmu para peserta.
- Peserta dapat belajar untuk membaiki peralatan sendiri atau juga boleh dibuat untuk mendapatkan pendapatansampingan.
- Dapat melakukan sendiri kerja-kerja membaiki peti sejuk jika terdapat kerosakan yang mudah dibaiki.
- Dapat menggunakan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus berkenaan bagi membantu peserta selain menambahpendapatan.
Pencetakan Baju
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pencetakan Baju
Kod Kursus : 3/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Pencetakan baju adalah sangat sesuai bagi mereka yang kreatif, mempunyai pengetahuan dari segi reka cetak, mempunyaisumber kewangan yang mencukupi pelaburan dari segi peralatan, dan juga bahan mentah. Pasaran cetak baju ini adalahsangat besar. Apabila menghantar sesuatu pesanan belian untuk mencetak baju, pilihan antara beberapa jenis-jenispencetakan custom baju untuk digunakan adalah sangat penting. Ia sebenarnya boleh membuat perbezaan antaramendapat satu produk yang memenuhi jangkaan atau sebaliknya. Selain daripada seni untuk dicetak, aspek yang paling penting untuk mempertimbangkan adalah teknik pencetakan yang digunakan. Ini juga akan terpakai kepada jenis pakaianyang lain-lain. Apa-apa jua dalam teknik pencetakan yang digunakan, masing-masing mempunyai kekuatan dan keistimewaan kegunaan tertentu.
- Untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses pencetakan baju.
- Dapat menambah pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin, penggunaan teknik, pemilihan bahan-bahan, warna dan tekstur.
- Dapat menghasilkan baju yang dicetak sendiri serta mendapat kemahiran yang mereka pelajari sepanjang kursus.
- Menggalakkan peserta mencambahkan idea-idea kreatif bagi mencipta gaya tersendiri dalam rekaan baju.
Pencetakan Banner / Bunting
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pencetakan Banner / Bunting
Kod Kursus : 4/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Banner/Bunting atau dipanggil kain rentang adalah salah satu medium pengiklanan atau hebahan yang baik dan berkesan. Perkara utama yang perlu ditekankan dalam medium ini ialah design dengan imej dan warna yang attractive serta tempatyang strategik. Keberkesanan iklan melalui banner/bunting ini sangat bergantung kepada design dan tempat ianyadiletakkan. Material atau bahan-bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan banner/banting adalah seperti Tarpaulin, Vinyl, Synthetic Paper, Kovex dan lain-lain. Manakala kualiti printing adalah berbeza mengikut dpi (dot per inch).
- Mempelajari serta dapat mengetahui kaedah yang digunakan dalam menghasilkan reka bentuk bunting/banner yang berkaitan dengan vector.
- Mempelajari cara melukis dan mewarna dengan menggunakan tool yang disediakan.3.Mempelajari kaedah yang tepat dalam menyusun setiap imej dan tex (layout) dengan lebih kemas dan menarik.
- Dapat mengenali hasil kerja vector dan raster.
- Dapat menghasilkan banner/bunting untuk diri sendiri.
- Dapat mengurangkan kos.
- Dapat membuka kedai dalam talian atau secara fizikal secara peringkat permulaan.
Pencetakan Mug / Key Chain
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pencetakan Mug / Key Chain
Kod Kursus : 5/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Mug dan Key Chain merupakan salah satu barang cenderahati dan iklan yang paling popular di pasaran kerana saiznyayang kecil tetapi sangat efektif dalam tujuan pengiklanan produk. Mug dan key chain kebiasaannya digunakan untukmempromosikan perniagaan, penyebaran slogan dan banyak lagi. Menjadi media pengiklanan yang standard, mug dan key chain juga mampu membawa nama perniagaan, penjenamaan produk dan maklumat hubungan kepada pelanggan. Malahan, ada juga yang dijadikan door gift di majlis perkahwinan, majlis sekolah dan lain-lain.
- Peserta boleh mencetak mug dan key chain.
- Peserta boleh mereka bentuk mug dan key chain secara dagangan serta boleh mengaplikasikannya pada mug dan key chain dengan teliti, kemas dan baik.
- Peserta boleh bekerja dengan teliti, kemas dan dapat menjaga keselamatan di tempat kerja.
- Peserta akan dapat mereka bentuk mug dan key chain untuk diaplikasikan di alam pekerjaan kelak.
- Peserta akan dapat menggunakan bahan kursus untuk jenis kerja dalam bidang pencetakan digital, media cetak, butik, barangan dan syarikat am lainnya.
- Peserta juga dibimbing sehingga untuk mampu membuat rekaan mug dan key chain yang menarik.
Pencetakan Papan Tanda
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pencetakan Papan Tanda
Kod Kursus : 6/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Pencetakan papan tanda sesuai untuk aktiviti promosi seperti di jalanan, pameran, acara berskala besar dan banyak lagi. Papan tanda memainkan peranan yang berkesan sebagai papan iklan mudah alih kerana pendedahan yang lebih tinggi, di mana papan tanda menjadikan mesej publisiti anda lebih menonjol berbanding orang lain. Dua jenis bahan dalampembuatan papan tanda iaitu bajet dan premium dijamin berkualiti tinggi
- Untuk membantu peserta menambahkan kemahiran serta meningkatkan perniagaan mereka.
- Untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat yang direka untuk membantu dalam membuat keputusanberdasarkan maklumat yang diberikan.
- Digunakan sebagai alat promosi yang digunakan untuk menyampaikan faedah produk atau perkhidmatan tertentu.
- Peserta dapat meenghasilkan rekaan bentuk papan tanda sendiri.
- Peserta dapat mengetahui cara penggunaan untuk proses pencetakan papan tanda.
Pencetakan Packaging dan Labelling
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pencetakan Packaging dan Labelling
Kod Kursus : 7/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Packaging (pembungkusan) mempunyai label yang melekat atau tidak terpisahkan dengan bungkusan. Ini membawaharga, kod bar, UPC pengenalan diri, panduan penggunaan, alamat, iklan, resipi, dan sebagainya. Mereka juga dapatdigunakan untuk membantu menahan atau menunjukkan gangguan. Oleh itu, pembungkusan dapat meningkatkan nilaidan jumlah penjualan produk itu sendiri. Labellling (pelabelan) adalah sekeping kertas, filem plastik, kain, logam, ataubahan lain yang dilekatkan pada bekas atau produk, yang ditulis atau dicetak maklumat atau simbol mengenai produk ataubarang. Labelling mempunyai banyak kegunaan, termasuk promosi dan memberikan maklumat mengenai asal produk, pengeluar (jenama, penggunaan, jangka hayat dan pelupusan).
- Memperolehi pengetahuan dan kemahiran berkaitan pembungkusan dan pelabelan.
- Mendapat kefahaman tentang teknologi dan sistem pembungkusan dan pelabelan yang sesuai.
- Mampu untuk mengendalikan kerja-kerja pembungkusan dan pelabelan terkini.
- Mengenal pasti bahan dan kualiti bahan pembungkusan mengikut produk.
- Menerangkan kaedah menggunakan mesin pelabelan dan pembungkusan dengan betul.
- Memilih pembungkusan dan pelabelan mengikut produk yang sesuai.
Pembuatan Perabot Kabinet Dapur
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pembuatan Perabot Kabinet Dapur
Kod Kursus : 8/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Kabinet merupakan produk penyimpanan barang, pakaian atau lain-lain yang boleh menjadikan ruang menjadi lebihteratur dan kemas. Kabinet dapur boleh dihasilkan secara binaan dalam (built-in) atau secara unit berasingan. Penghasilankabinet dapur yang berkualiti memerlukan kemahiran dalam proses pembuatan dan pemasangan. Kesesuaian rekabentuk, pemilihan bahan dan warna juga perlu diketahui agar menepati kehendak pengguna.
- Memupuk minat peserta dalam bidang pembuatan perabot kabinet dapur.
- Untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam kerja-kerja membuat kabinet dapur mengikut teknik-teknik yang betul dan tepat.
- Dapat melatih peserta dan melahirkan usahawan-usahawan perabot dalam mereka bentuk, membuat dan membaik pulihperabot.
- Boleh menjalankan perniagaan sendiri dan berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam industri pembuatanperabot.
Pembuatan Perabot Pallet
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pembuatan Perabot Pallet
Kod Kursus : 9/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Pallet ialah platform mendatar, biasanya dilekatkan pada struktur atas dan dek bawah yang membolehkan ia diangkat dan digerakkan oleh peralatan pengendalian bahan seperti trak lif dan penghantar dan diletakkan dalam sistem penyimpanandan pengangkutan yang sesuai. Pallet menyediakan asas untuk memasang, menyimpan, mengendalikan dan mengangkutbahan dan produk. Pallet diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. Pallet kayu menguasai pasaran, diikuti oleh pallet plastik, pallet kertas, pallet komposit kayu dan pallet logam.
- Peserta boleh memperolehi pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang keusahawanan dalam jangka masa pendek.
- Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi keperluan masyarakat dan sektor perindustrian negara.
- Membantu masyarakat berkecimpung dalam bidang kemahiran bagi membantu mereka menambah sumber pendapatanmereka melalui kemahiran yang dimiliki.
- Melahirkan dan meningkatkan kemahiran individu bagi membolehkan mereka memberi sumbangan lebih berkesan kearah pembangunan ekonomi negara.
- Melahirkan individu yang melibatkan diri dalam program ini untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan denganmenyediakan landasan kepada mereka bagi mendapatkan maklumat dan hala tuju berkenaan dengan usahawan.
Pembuatan Perabot Sofa
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pembuatan Perabot Sofa
Kod Kursus : 10/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Sofa adalah salah satu perabot yang paling penting di setiap rumah, terutama di ruang tamu dan ruang keluarga. Bangkusofa merupakan tempat di mana kita duduk dan menghabiskan waktu bersama maupun menikmati waktu sendiri. Kerana kita menghabiskan banyak waktu di sofa, maka kenyamanan sangatlah penting. Kita harus meletakkan nilai ini di atasestetika, meski tampilan juga penting bagi keindahan ruangan.
- Mengajar peserta dalam penyediaan rangka, memotong fabrik sehingga peringkat menyiapkan sofa.
- Memastikan sofa yang dihasilkan menepati mutu dan mampu dijual dengan harga yang baik.
- Membolehkan peserta membuat sofa secara sistematik dan berkesan dalam penggunaan bahan mentah, aksesori dan penghasilan produk yang berkualiti.
- Peserta mampu mengetahui pelbagai jenis dan teknik yang boleh digunakan ke atas perabot sofa.
Baik Pulih Sofa
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Baik Pulih Sofa
Kod Kursus : 11/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Baik pulih sofa sebagai salah satu hiasan rumah perlu diambil kira untuk keselesaan penghuni rumah. Sangat untungsekali apabila kita boleh memilih sama ada untuk baiki sofa di kedai dan kilang sofa atau membaiki sofa sendiri secaraDIY. Dengan bajet belanja dan kos yang bertepatan, kita boleh terus hantar sofa lama ke kedai untuk membaiki sofa dengan tukar sarung sofa, baiki sofa secara keseluruhan, atau baiki rangka sofa.
- Mempelajari teknik-teknik baik pulih sofa dengan lebih mendalam.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran serta mewujudkan industri membaik pulih dan memasang sofa.
- Peserta boleh menanggalkan, membuat dan memasang sofa serta menghasilkan hasil kerja yang berkualiti dengan carakerja yang sistematik.
- Peserta berkebolehan untuk membaik pulih sofa lama yang boleh digunakan semula.
Pembuatan Sofa Berasaskan Tong Drum
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pembuatan Perabot Sofa Berasaskan Tong Drum
Kod Kursus : 12/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Tong drum terpakai ialah sisa proses yang dihasilkan daripada sesuatu pengeluaran baik industri mahupun domestik, yang lebih dikenali sebagai sampah, yang kehadirannya pada masa dan tempat tertentu tidak diingini oleh persekitaran kerana tidak mempunyai nilai ekonomi. Tong drum terpakai adalah masalah bagi industri besar dan kecil. Penciptaan tong drum terpakai yang diubah suai menjadi perabot kerusi akan menjadikan ruang rumah kelihatan lebih unik dan menarik.
- Melatih peserta-peserta meningkatkan kemahiran.
- Membolehkan penghasilan pembuatan sofa berasaskan tong drum yang berunsurkan dekoratif dan kreatif.
- Peserta mampu menghasilkan pembuatan sofa berasaskan tong drum mengikut proses kerja yang sistematik.
- Peserta dapat mengetahui pelbagai jenis dan teknik berasaskan tong drum yang boleh digunakan ke atas sofa.
Pembuatan Produk Fiberglass
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Pembuatan Produk Fiberglass
Kod Kursus : 13/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Fiberglass merupakan satu bahan gentian yang diperbuat daripada kaca yang sangat halus. Ia digunakan sebagai agenpenguat di dalam pelbagai produk polimer; yang mana menghasilkan bahan komposit. Contoh polimer adalah sepertifiber-reinforced polymer atau glass-reinforced plastic (GRP) yang lebih dikenali umum dengan nama “gentian kaca”. Dari segi bahasa, fiberglass dapat didefinisikan sebagai gentian kaca yang diperbuat daripada filamen-filamen kaca yang halusbergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer setiap filamen. Manakala, dari segi teknikal, ia merupakan gentian kacayang dihasilkan dari kaca bermutu tinggi dan mempunyai kekuatan yang tinggi berbanding dengan keberatannya.
- Memberi pendedahan kepada peserta mengenai teori dan aplikasi bahan komposit dalam pelbagai industri.
- Memberi pendedahan praktikal dalam pembuatan asas komposit (fiberglass) dalam menghasilkan produk.
- Mengajar teknik dan kemahiran asas dalam pembuatan bahan komposit.
- Mendapat pengetahuan tentang teknologi komposit atau struktur dari gentian kaca atau ‘fiberglass’.
- Boleh membina acuan fabrikasi untuk struktur dari gentian kaca.
- Mahir dalam teknik fabrikasi komposit.
- Mahir dalam teknik membaik pulih komposit.
- Boleh mengenal pasti alatan dan bahan-bahan berkaitan pembuatan gentian fiber komposit.
- Membuat anggaran kos peralatan, bahan guna serta kos berkaitan habis bagi penghasilan struktur dari gentian komposit.
- Berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan ditempat kerja dan tempat pemasangan.
- Mempunyai asas pendaftaran perniagaan, ilmu perniagaan dan kaedah pemasaran perniagaan.
Menggunting Rambut
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Menggunting Rambut
Kod Kursus : 14/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Menggunting rambut adalah jenis perkhidmatan yang disediakan untuk orang-orang memotong rambut dan keperluangaya. Tukang gunting bekerja untuk membantu mencukur, memotong, dan meningkatkan rambut kawasan kepala dan leher. Mereka tidak hanya memotong rambut, tetapi juga sering memberi muka perkhidmatan penyingkiran rambut untuklelaki. Mengambil kursus menggunting rambut merupakan kemahiran mengajar yang penting untuk peserta dalam bidangini. Ia merupakan salah satu langkah yang paling penting untuk lelaki dan wanita yang ingin bekerja dalam bidang inikerana ia sering mempunyai komponen proses perlesenan.
- Pendedahan kepada menambah kemahiran peserta yang boleh menjana pendapatan.
- Memperkasa kemahiran gunting rambut kepada warga tempatan.
- Menggalakkan aktiviti kemasyarakatan yang berfaedah terutama bagi golongan lepasan SPM.
- Membantu masyarakat terutamanya remaja dan masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
- Memberi tunjuk ajar dengan jelas dan mudah difahami untuk semua peringkat umur.
- Melahirkan tukang gunting rambut yang mahir dan bersedia untuk bekerja.
- Menyelesaikan masalah kekurangan tukang gunting rambut yang beretika.
Asas Perakaunan
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Asas Perakaunan
Kod Kursus : 15/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Kursus perakaunan adalah cara terbaik untuk mempelbagaikan pendidikan, pengalaman dan belajar profesional untukkerjaya, sama ada anda sudah pun menjadi akauntan yang perlu mengasah kemahiran anda, atau berminat untukperubahan kerjaya. Terdapat kursus perakaunan di beberapa negara dan setiap khusus kepada sektor tertentu. Syarat-syarat untuk kursus berbeza-beza, tetapi secara umumnya, bakal pelajar memerlukan pendidikan dan / atau pengalamansebelumnya. Kursus perakaunan akan mengajar individu bagaimana untuk menjadi lebih berkesan dan cekap apabilamenjalankan tugas perakaunan. Dalam kursus perakaunan, pelajar boleh memeriksa topik seperti analisis kewangankenyataan, pelaburan, kewangan antarabangsa, dan perbankan. Banyak program juga akan memberi tumpuan kepadabagaimana perakaunan berkaitan dengan operasi perniagaan lain, menyediakan peserta dengan pendekatan yang serbaboleh dengan perakaunan.
- Memberi kefahaman dan kesedaran kepada kakitangan tentang kepentingan fungsi perakaunan dalam pengurusan.
- Memperkenalkan asas-asas simpan kira dan perakaunan termasuk asas catatan bergu, akaun dan persamaan perakaunan.
- Memberi penjelasan atau mengenal pasti dokumen-dokumen penting perakaunan yang digunakan.
- Menggunakan sistem perakaunan UBS.
- Peserta boleh mengetahui fungsi dan kepentingan perakaunan dalam perakaunan.
- Mengetahui asas-asas simpan kira dan perakaunan termasuk asas catatan bergu, akaun dan persamaan perakaunan.
- Mengenal pasti jenis-jenis dokumen yang digunakan dalam perakaunan.
Usahawan Berasaskan Burger / “Burgerpreneur”
Tempoh Kursus : 2 Hari
Mod Penyampaian : Bersemuka
Kursus : Kursus Kemahiran Keusahawanan-2 Usahawan Berasaskan Burger / “Burgerpreneur”
Kod Kursus : 16/004
- Individu yang berminat.
- 16 tahun ke atas.
- Tertakluk kepada agensi perbadanan dana sekiranya mendapat anjuran penuh dari agensi.
Boleh membaca, mengira dan berminat untuk mengikuti kursus tersebut.
Burger begitu sinonim dengan masyarakat di Malaysia sebagai hidangan yang ringkas, murah dan mengenyangkan. Makatidaklah menghairankan ianya menjadi antara pilihan perniagaan paling menguntungkan dengan pasaran yang sentiasaberkembang setiap hari. Jika dilihat pada hari ini, permintaan untuk burger ini sentiasa meningkat seiring denganpeningkatan populasi di Malaysia. Kursus usahawan berasaskan burger (burgerpreneur) adalah merupakan satu kursusyang direka khas bagi melahirkan usahawan burger yang berdaya saing dan berdaya maju dalam perniagaan mereka. Kursus komprehensif ini memberi fokus kepada usahawan, mereka akan diberi bimbingan dan latihan secara teori dan praktikal demi memastikan usahawan burger berpengetahuan dan berkemahiran dalam mengendalikan perniagaanmereka.
- Mensasarkan bumiputera yang berminat untuk meneroka bidang keusahawanan dan meraih pulangan lumayan.
- Kursus ini juga bertujuan memberikan pilihan citarasa kepada masyarakat yang meminati burger dengan permintaanpasaran yang cukup tinggi dan sebati dengan rakyat Malaysia.
- Menjelaskan konsep asas dan kemahiran keusahawanan serta kepentingannya kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
- Mengenal pasti proses penjanaan idea perniagaan.